Market & Policy

Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2020

Posted by: Hi HOME
date: 11th Feb 2020
  • Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan penubuhan Dana Rumah Mampu Milik (Dana) berjumlah RM1 bilion untuk membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah di seluruh negara bagi membiayai pembelian rumah pertama mereka.
  • Dana ini akan tersedia selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 atau sehingga dana RM1 bilion itu habis digunakan.
  • Dana sebanyak RM1 bilion ini diumumkan selepas pembentangan Belanjawan 2019 tahun lepas.

Di bawah Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2020 ini, pembeli rumah yang layak boleh mendapatkan pembiayaan (konvensional atau Islam) pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian.

Berikut adalah ciri-ciri Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2020:

  • Layak dipohon oleh warganegara Malaysia dengan pendapatan maksimum bulanan isi rumah sebanyak RM4,360
  • Harga harta tanah adalah sehingga RM300,000;
  • Kadar pembiayaan adalah sehingga 3.5% setahun; dan
  • Institusi kewangan yang mengambil bahagian ialah AmBank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank.

0102 030405

Terdapat 20 langkah yang wajib anda ikuti dalam panduan beli rumah a-z ini dan setiap rantaian langkah itu bersangkutan antara satu sama lain.  Baca : https://hartabumi.com/panduan-beli-rumah/

Margin pembiayaan boleh meliputi pembayaran untuk wang pendahuluan dan jaminan gadai janji bertempoh / caruman takaful.

Bagi membantu pembeli rumah pertama kali ini, modul pendidikan kewangan dalam talian yang ringkas dan mudah akan disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk pembeli rumah yang memohon pembiayaan di bawah Dana ini.

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang mana lebih rendah.

Pelancaran Dana akan dilengkapi dengan pelbagai langkah untuk membantu pembeli rumah yang pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah membeli rumah pertama mereka.

Langkah-langkah yang dijalankan untuk pembiayaan rumah yang layak daripada semua institusi kewangan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos sampingan pemilikan rumah bagi pembeli pertama kali.

Ini termasuk pengecualian duti setem, kadar yang berpatutan untuk jumlah perlindungan gadai janji dan pelepasan yuran guaman bagi perjanjian jual beli dan pembiayaan.

Penambahbaikan Dana RM 1 bilion bagi Rumah Mampu Milik oleh Bank Negara Malaysia

Penambahbaikan yang telah di buat melibatkan kriteria kelayakan seperti di bawah :

  1. Pendapatan maksimum bulanan isi rumah dinaikkan sehingga RM4,360;
    • Had kelayakan pendapatan maksimum bulanan isi rumah dinaikkan kepada RM4,360 berbanding RM2,300 sebelum ini.
  1. Harga maksimum harta tanah dinaikkan sehingga kepada RM300,000.
    • Had harga maksimum rumah layak dibiayai turut dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM150,000 sebelum ini sejajar dengan definisi harga rumah mampu milik dalam Dasar Perumahan Mampu Milik Negara.

Penambahbaikan kepada kriteria kelayakan dan ciri-ciri Dana Rumah Mampu Milik RM1 bilion itu telah pun berkuatkuasa pada 1 September 2019.

Memiliki rumah merupakan pelaburan atau komitmen utama bagi kebanyakan orang.

Oleh itu, bakal pembeli rumah perlu menilai kemampuan mereka bagi memenuhi komitmen kewangan yang berkaitan dengan memiliki rumah, termasuk bayaran balik gadai janji dan perbelanjaan lain yang berkaitan.

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda semak kelayakan anda di Hi HOME bagi memudahkan urusan pinjaman di kemudian hari. Say hi to your new home.


Subscribe to Hartabumi.com

Receive the latest in property
in our newsletter.