Uncategorized

Dollar-Cost Averaging (DCA): Cara Melabur Paling Boring

Posted by: Hi HOME
date: 14th Jan 2022

Dollar-cost averaging (DCA) adalah cara melabur paling boring.

Bila anda buat DCA, anda tak dapat excitement pilih the best entry point bila nak invest. Anda tak dapat tunjuk ketelitian technical analysis anda dalam chart di Facebook atau Twitter.

Dan anda definitely takkan dapat flex keuntungan besar yang mungkin anda dapat kalau pandai buat technical analysis.

Tapi boring-boring DCA pun, ia adalah cara bijak untuk melabur jika anda mudah menggelabah bila tengok market tengah turun.

Apa itu dollar-cost averaging (DCA)?

Dollar-cost averaging (DCA) adalah satu cara melabur yang menuntut anda untuk melabur sejumlah wang yang sama, dalam satu aset sama, mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Contohnya anda sentiasa masukkan RM100 ke dalam ASB setiap kali dapat gaji bulanan – itu adalah DCA.

Contohnya anda ada RM19,000 segedepuk dan anda nak invest dalam saham Hong Leong Bank. Saham Hong Leong berharga RM19.

Daripada melabur RM19,000 sekaligus untuk membeli 1,000 unit saham Hong Leong, anda memperuntukkan RM1,000 setiap bulan (selama 19 bulan) untuk membeli saham Hong Leong.

Pada bulan Januari masa market tengah naik (dan harga saham naik), anda dapat beli sikit je saham Hong Leong.

Tapi pada bulan Febuari masa market tengah turun (dan harga saham turun), anda dapat beli banyak saham Hong Leong.

Itu juga adalah DCA.

Boleh faham setakat ini?

Kenapa buat DCA?

Anda mungkin tanya – kenapa susah-susah nak buat DCA? Invest je la segedepuk terus. Kan senang?

Asas pelaburan adalah membeli masa harga murah, menjual masa harga naik. Supaya kita dapat untung. Betul?

Masalah sekarang adalah kita tak boleh meramal masa depan.

Boleh jadi masa kita all-in beli masa harga murah, harga akan turun lagi jadi lebih murah!

Pelabur yang berpengetahuan dan berpengalaman biasanya akan menggunakan technical analysis untuk ‘meramal’ bila masa nak beli.

Tapi waima bagus mana pun pelabur tersebut, dia pasti pernah ‘terciduk’. Technical analysis tak dapat meramal external factors (seperti bencana alam, pandemik, penjualan oleh whale dsb) yang mampu membuatkan pelabur rugi.

Motif utama DCA adalah untuk mengurangkan magnitud kerugian jika perkara-perkara di luar kawalan ini berlaku.

DCA vs letak modal segedepuk

Perbahasan antara kaedah DCA vs letak semua modal sekaligus sudah lama menjadi topik hangat dalam kalangan komuniti pelabur.

Dari segi teori, kaedah pelaburan di mana anda meletak semua modal sekaligus pada entry point yang tepat (ketika harga aset sedang turun atau oversold) jelas lebih bagus berbanding kaedah DCA.

Tetapi perlu diingat di sini, kata kuncinya adalah ‘pada entry point yang tepat’. Jelas sekali kaedah ini kurang sesuai bagi pelabur baharu.

Dalam dunia yang ideal, pelabur baharu mempunyai modal yang besar, pandai membuat fundamental analysis untuk mencari aset/sekuriti/indeks berpotensi pada masa hadapan serta yakin dengan technical analysis untuk mencari entry point yang tepat.

Tetapi let’s be realistic. Dunia kita bukan dunia yang ideal. Pelabur baharu kebanyakannya tidak mempunyai modal besar.

Jika ada modal besar pun, skil fundamental dan technical analysis mereka perlu diasah lagi dengan pengalaman. Kebanyakan pelabur baharu masih mengharapkan validasi daripada pelabur berpengelaman untuk membuat keputusan.

Adakah pelabur baharu ini sesuai all-in dengan meletak modal segedepuk dalam pelaburan?

Tepuk dada tanya selera.

DCA sesuai jika anda…

  • Tidak mempunyai modal besar
  • Melabur menggunakan lebihan duit gaji setiap bulan
  • Malas/tidak mahir membuat fundamental dan technical analysis
  • Mahir membuat fundamental dan technical analysis tapi belum 100% yakin (ada ilmu, tapi kurang pengalaman)
  • Takut rugi, mudah cemas bila harga pelaburan turun
  • Ingin memupuk tabiat menabung dalam aset pelaburan

DCA tak sesuai jika anda…

  • Mempunyai modal besar sekaligus mempunyai pilihan untuk all-in
  • Mahir dan yakin dengan skil fundamental dan technical analysis sendiri
  • Sudah mempunyai risk tolerance yang tinggi
  • Ingin memanfaatkan potensi sebenar pulangan pelaburan

TLDR: DCA adalah kaedah pelaburan yang meminimumkan potensi pulangan pelaburan, tetapi meminimumkan potensi kerugian pelaburan juga. Sesuai untuk pelabur baharu.


Subscribe to Hihome.asia

Receive the latest in property
in our newsletter.