Formula

Hutang Baik vs Hutang Buruk

Posted by: Hi HOME
date: 21st Sep 2020

Kita semua pastinya pernah diajar supaya tidak berhutang. Tetapi dengan berhutanglah,  kebanyakan daripada kita dapat membeli rumah dan kereta. 

Hutang yang kita ambil untuk membeli rumah dan kereta tidak dapat dielak (melainkan kita dilahirkan dalam keluarga yang kaya). Sebab itulah pentingnya kita dididik untuk membezakan antara hutang baik dengan hutang buruk. 

Persoalannya sekarang – apakah itu hutang baik?

Dan apakah pula hutang buruk?

Hutang baik

Anda pernah dengar tak orang cakap, “Kalau nak buat duit, kena ada duit.” Inilah asas hutang baik. Jika hutang tersebut membantu anda untuk meningkatkan pendapatan, hutang tersebut dikategorikan sebagai hutang baik.

Ada beberapa perkara yang berbaloi untuk anda berhutang:

1. Pendidikan

Secara asasnya, semakin tinggi tahap pendidikan seseorang, semakin tinggi potensi beliau untuk meraih pendapatan tinggi. Pendidikan mempunyai korelasi yang positif dengan kebolehan seseorang untuk mendapatkan pekerjaan.

7 Fakta Menarik Mengenai Kualiti Sebenar Pendidikan Universiti Di Malaysia  | Iluminasi

Kebarangkalian pekerja berpendidikan untuk mendapat pekerjaan yang memberikan gaji yang berbaloi adalah lebih tinggi daripada pekerja lain. Malah mereka juga lebih senang mendapat peluang pekerjaan baru.

Sebab itulah pengambilan hutang untuk pengajian di kolej atau universiti boleh dianggap hutang baik. Tetapi dengan syarat, pengajian tersebut mestilah bersesuaian dan diambil dengan serius.  Jika anda berhutang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian yang anda tak minat untuk jadikan karier, ia boleh dianggap hutang buruk.

2. Perniagaan kecil dan sederhana

Potensi perniagaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai punca pendapatan amatlah besar. Sebab itulah berhutang untuk memulakan perniagaan boleh dianggap sebagai hutang yang baik.  

Dengan berniaga, anda bukan saja tidak bergantung kepada pihak ketiga untuk meraih pendapatan. Malah potensi pendapatan anda juga boleh meningkat berkali-kali ganda berbanding bekerja makan gaji. Asalkan anda sanggup bekerja keras.

Asas Keusahawanan - Industri Kecil & Sederhana: Industri Kecil dan Sederhana

Dengan sedikit nasib, keazaman, cita-cita tinggi dan kerja keras, anda boleh menukar syarikat PKS anda menjadi salah sebuah syarikat yang tersenarai dalam Bursa KL. 

Bagaimanapun seperti pendidikan, perniagaan juga mempunyai risikonya yang tersendiri.  Tetapi dengan ilmu dan sikap yang bagus, risiko ini dapat dikurangkan.

3. Hartanah

Secara asasnya terdapat dua cara untuk menjana pendapatan dalam bidang hartanah.  

Pertama adalah melalui hasil sewaan (rental yield). Untuk menjana pendapatan melalui hasil sewaan, kutipan sewaan tahunan anda mestilah lebih tinggi daripada jumlah pinjaman bank tahunan yang anda bayar untuk membeli rumah tersebut.

Jenis Hartanah Mana Yang Sesuai Untuk Melabur ? | Atok Hartanah

Di Malaysia, hasil sewaan sekitar 5% per tahun dianggap sebagai penanda aras hasil sewaan yang bagus.

Tetapi hakikatnya tak semua pelabur hartanah mampu menjana pendapatan menerusi hasil sewaan. Pelabur seperti ini biasanya akan melihat potensi pendapatan jangka masa sederhana dan panjang menerusi capital gain

Capital gain diperolehi apabila harga hartanah yang anda jual lebih tinggi daripada harganya semasa anda beli selepas satu tempoh tertentu.

4. Pinjaman pelaburan

Pinjaman pelaburan yang memberikan kadar faedah yang rendah tetapi kadar dividen yang tinggi boleh menjadi salah satu contoh hutang baik.  Ia mampu ‘memaksa’ anda untuk menyimpan dan melabur, sekaligus mengelakkan anda daripada membeli barang-barang yang tak perlu.

Kenapa Pinjaman ASB Lebih Untung Dari Simpanan ASB?

Hutang buruk

Jika hutang baik berpotensi untuk meningkatkan pendapatan peminjamnya, hutang buruk pula  menyebabkan peminjamnya kehilangan duit. Secara asasnya, hutang buruk berlaku apabila  anda meminjam untuk membeli aset-aset susut nilai. 

Dalam erti kata yang lain, jika sesuatu barang itu akan susut nilainya selepas satu tempoh masa, anda tidak sepatutnya berhutang untuk membeli.

Antara aset-aset susut nilai yang selalu dikaitkan dengan hutang buruk adalah:

1. Kereta

Kereta adalah contoh klasik aset susut nilai. Kereta baru contohnya akan hilang 50% nilai asalnya selepas hanya tiga tahun. 

Tak dinafikan kereta adalah satu barang keperluan bagi majoriti golongan profesional di Malaysia. Tetapi berhutang besar dan lama dengan Bank hanya untuk membeli kereta/motosikal baru dan canggih amatlah tidak digalakkan jika anda berhasrat untuk mengurangkan hutang buruk.

Proton X50 officially unveiled, available for booking

Pakar kewangan menasihatkan jumlah bayaran bulanan pinjaman kereta/motosikal anda tidak boleh melebihi 30% jumlah gaji bulanan anda. 

2. Barang kemahuan 

Dalam perbelanjaan, anda perlu pandai membezakan antara barang keperluan dengan barang kemahuan. Makanan, pakaian  dan hiburan adalah satu keperluan. Tetapi ia juga boleh menjadi  satu kemahuan apabila anda mula berlebih-lebihan sehingga terpaksa berhutang.

Apabila anda terpaksa berhutang untuk membeli makanan, pakaian dan hiburan, ini bermakna anda sudah membuat hutang buruk. Ketiga-tiga keperluan asas ini sepatutnya boleh dibeli tanpa berhutang jika anda mempunyai pekerjaan yang bergaji. 

ASICS Malaysia GEL-Kayano 5 OG "Nasi Lemak" Shoe | HYPEBEAST

Sebab itulah anda perlu membezakan sama ada baju berjenama yang mahal adalah satu keperluan atau kemahuan. Adakah makan di restoran 24 jam sehari 7 hari seminggu satu keperluan atau kemahuan? Adakah telefon pintar baru dan canggih satu keperluan atau kemahuan?

3. Kad kredit 

Hutang kad kredit adalah satu lagi contoh hutang buruk. Ini kerana hutang kad kredit biasanya dicaj dengan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan pinjaman konvensional. Manakala jadual pembayarannya pula disusun untuk memaksimakan kos kepada pemegang kad.

Bala hutang kad kredit | Harian Metro

Kesimpulan

Sebelum membuat apa-apa komitmen kewangan yang memerlukan anda untuk berhutang, pastikan anda mengenalpasti sama ada komitmen tersebut menambah hutang baik atau buruk anda.

Hutang baik adalah hutang yang ada potensi menambah pendapatan anda. 

Hutang buruk pula adalah hutang yang digunakan untuk membeli aset-aset susut nilai seperti kereta, pakaian, makanan dan hiburan yang mahal-mahal.

Kebijaksanaan anda membezakan hutang baik dengan buruk akan menentukan kesihatan kewangan anda pada jangka masa pendek, sederhana dan panjang.


Subscribe to Hihome.asia

Receive the latest in property
in our newsletter.