Market & Policy

Macam Mana Nak Skip Bayar Duti Setem Beli Rumah [2020]

Posted by: Hi HOME
date: 12th Jun 2020

Sekarang ni macam-macam promosi, diskaun, rebat dan hadiah yang pemaju offer untuk jual rumah mereka. Lagi-lagi lepas sale mereka sendu masa wabak COVID-19.

Kalau ada yang tengah plan nak beli rumah sekarang, tahniah! Korang sebenarnya untung sangat-sangat. Dah lah pemaju tengah banyak buat promosi. Lepas itu, sekarang ni pula OPR Bank Negara tengah rendah.

Tak cukup dengan itu, kerajaan pula baru je umumkan insentif pengecualian pembayaran duti setem.

Tapi apa benda duti setem tu?

Duti setem ini adalah cukai yang dikenakan kat dokumen hartanah korang. Masa korang beli rumah, duti setem akan dikenakan kat dua dokumen:

  1. Perjanjian pinjaman
  2. Suratcara pindah milik atau MOT

Jumlah duti setem untuk 1) perjanjian pinjaman adalah flat 0.5%.

Jumlah duti setem untuk 2) suratcara pindah milik atau MOT adalah seperti berikut:

  • 1% untuk RM100,000 pertama (harga rumah)
  • 2% untuk RM100,001 hingga RM500,000 (harga rumah)
  • 3% untuk RM500,001 hingga RM1 juta (harga rumah)
  • 4% untuk RM1 juta ke atas (harga rumah)

Nampak macam sikit je kan?

Tapi sebenarnya caj duti setem ini besar nilainya!

Contohnya katakan kita nak beli rumah RM300,000. Loan rumah pula biasanya 90% daripada harga rumah iaitu RM270,000. Jumlah caj duti setem yang kita kena bayar sebelum nak dapat kunci rumah kita adalah:

Duti setem perjanjian pinjaman (0.5% x 270,000) = RM1,350
Duti setem MOT [(1% x RM100,000) + (2% x RM170,000)] = RM4,400

So total caj duti setem yang kita kena bayar adalah RM5,750. Banyak tu!

Tapi ada berita baik. Korang tahu tak kalau korang beli rumah bermula 1 Jun 2020 sampai 31 Mei 2021, korang tak payah kena bayar pun semua caj duti setem ni?

Haa…pasal benda ni, korang boleh berterima kasih kat Abah kita.

Pada 5 Jun lepas, Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan pengenalan semula Kempen Pemilikan Rumah 2020 (HOC 2020).

Di bawah HOC 2020, semua caj duti setem ini dikecualikan untuk rumah berharga antara RM300,000 hingga RM1 juta.

Ini bermakna siapa beli rumah berharga antara RM300,000-1 juta, dia tak payah bayar duti setem langsung kat dokumen pinjaman dan MOT dia. Best kan?

Lepas tu yang lagi bestnya HOC 2020 ini adalah, pengecualian duti setem ini hanya tertakluk kepada syarat pemberian diskaun sekurang-kurangnya 10% oleh pihak pemaju.

Apa maksudnya?

Maksudnya kalau pihak pemaju bagi diskaun 10% kat rumah berharga antara RM300,000 hingga RM1 juta, barulah pengecualian semua caj duti setem ini digunapakai.

Kalau pemaju tak bagi diskaun 10%, pembeli still kena bayar semua caj duti setem.

Kalau kita jadi pemaju, mestilah kita akan bagi diskaun 10% kan? Sebab kita nak rumah kita terjual. Kalau tak bagi diskaun, orang pun tak minat beli sebab tak dapat pengecualian duti setem.

Untuk bagi korang mudah faham, jom kita tengok satu contoh.

Katakan kita nak beli rumah RM300,000. Loan bank RM270,000.

Tanpa HOC 2020, kita kena bayar:

Down Payment (10% x 300,000) = RM30,000
Duti setem perjanjian pinjaman (0.5% x 270,000) = RM1,350
Duti setem MOT [(1% x RM100,000) + (2% x RM170,000)] = RM4,400
Total = RM35,750

Dengan HOC 2020, kita kena bayar:

Down Payment (dikecualikan sebab pemaju kena bagi diskaun 10%) = RM0
Duti setem perjanjian pinjaman (dikecualikan) = RM0
Duti setem MOT (dikecualikan) = RM0
Total = RM0

Tanpa HOC 2020, kita beli rumah RM300,000 dengan harga RM335,750.

Ini bermakna dengan HOC 2020, kita dapat jimat RM35,750 untuk beli rumah RM300,000. Banyak tu! Siap boleh beli kereta Axia baru!


Subscribe to Hihome.asia

Receive the latest in property
in our newsletter.