Market & Policy

Panduan Lengkap Insurans Rumah: MRTA/MRTT vs MLTA/MLTT

Posted by: Hi HOME
date: 23rd Jul 2020

Insurans rumah adalah polisi insurans yang akan meringankan beban pinjaman perumahan apabila berlakunya kematian dan kehilangan upaya kekal kepada pembeli rumah.

Ada dua jenis insurans rumah: reducing (MRTA/MRTT) dan leveling (MLTA/MLTT)

1) Reducing

Insurans rumah jenis reducing ada dua jenis produk: MRTA dan MRTT.

MRTA adalah singkatan kepada Mortgage Reducing Term Assurance. MRTA merupakan polisi insurans rumah konvesional dan paling popular. Ia biasanya ditawarkan oleh bank semasa anda buat pinjaman perumahan dengan mereka.

MRTT pula adalah singkatan kepada Mortgage Reducing Term Takaful. Secara asasnya, MRTT adalah MRTA versi Islamik dan patuh syariah.

Bagaimana MRTA/MRTT berfungsi?

Dalam MRTA/MRTT, semakin lama anda bayar pinjaman perumahan, semakin kurang bayaran insurans rumah anda.

Ada dua cara untuk bayar MRTA/MRTT:

  1. Bayar sekaligus.
  2. Sekalikan dengan pinjaman perumahan (ramai pilih ini kerana bank akan bagi kadar faedah pinjaman yang lebih rendah)

Jika anda meninggal dunia atau kehilangan upaya kekal, MRTA/MRTT akan menyelesaikan tunggakan baki pinjaman perumahan anda. Jadi waris anda tak perlu bayar apa-apa baki pinjaman perumahan anda.

Contoh:

Pinjaman perumahan anda dengan bank berjumlah RM500,000. Ketika anda meninggal dunia, anda mempunyai baki pinjaman dengan bank sebanyak RM200,000.

Dengan insurans MRTA/MRTT, bank akan menggunakan pampasan insurans tersebut untuk membayar baki pinjaman perumahan anda. Waris anda akan dapat rumah anda.

2) Leveling

Insurans rumah jenis leveling pula ada dua jenis produk: MLTA dan MLTT.

MLTA adalah singkatan kepada Mortgage Leveling Term Assurance. MLTA biasanya ditawarkan oleh syarikat insurans.

MLTT pula adalah singkatan kepada Mortgage Leveling Term Takaful. Secara asasnya, MLTT adalah MRLTA versi Islamik dan patuh syariah.

 

Bagaimana MLTA/MLTT berfungsi?

Dalam MLTA/MLTT, bayaran insurans anda adalah tetap dan tak berkurang. Ini bermakna dalam jangka masa yang lama, MLTA/MLTT lebih mahal berbanding MRTA/MRTT.

MLTA/MLTT tak boleh dibayar sekaligus. Ia perlu dibayar setiap bulan tanpa gagal kepada syarikat insurans – seperti insurans peribadi anda. Jika gagal bayar, ia akan mencacatkan skor kredit anda.

Tapi MLTA/MLTT mempunyai banyak kelebihan.

Jika anda meninggal dunia atau kehilangan upaya kekal, MLTA/MLTT akan menyelesaikan tunggakan baki pinjaman perumahan DAN memberi pampasan tunai kepada waris anda.

Contoh:

Pinjaman perumahan anda dengan bank berjumlah RM500,000. Ketika anda meninggal dunia, anda mempunyai baki pinjaman dengan bank sebanyak RM200,000.

Dengan insurans MLTA/MLTT, syarikat insurans akan membayar bank sebanyak RM200,000. Baki RM300,000 akan diserahkan kepada waris anda. Jadi waris anda akan dapat rumah dan cash!

Perbandingan MRTA/MRTT dengan MLTA/MLTT

Mrtl

Sumber:

 

  1. https://www.iproperty.com.my/guides/insurans-pinjaman-perumahan-yang-mana-patut-saya-pilih-mrta-atau-mlta/
  2. https://hartanahviral.com/mrta-mrtt-vs-mlta-mltt-mana-yang-terbaik/
  3. https://www.propertyguru.com.my/property-guides/the-complete-guide-to-mrta-mlta-mrtt-mltt-25012
  4. https://hartabumi.com/insurans-rumah-mrtt-atau-mltt/

Subscribe to Hihome.asia

Receive the latest in property
in our newsletter.